Friday, May 29, 2009

Burung Dedotik


Burung dedotik ni kecil sahaja, adalah sebesar ibu-jari orang dewasa badannya. Ianya dipanggil dedotik kerana bunyinya pun begitu...tik, tik, tik! Ianya suka makan buah2an yang melekit dari pokok dedalu iaitu pokok parasit yang melekat kat pokok2 limau, mangga dan sebagainya. Ianya cantik berwarna warni dan sudah tentulah menjadi buruan kami semasa kanak2 dulu.

Ada satu cerita menarik tentang burung ini yang masih aku ingat sangat2. Ianya berkaitan dengan sahabat baikku. Satu hari ibu dia ada menceritakan kisah kebaikan anaknya ini kepada ibu ku. Dan ibuku pulak telah menceritakannya kepadaku.

Satu hari semasa ibunya disawah mengerjakan tanaman padinya, si anak ni datanglah memberitahu kepadanya yang dia hendak pergi sekolah dah. Nasi dia dah masakan dan lauknya adalah dia tinggalkan satu peha burung dedotik yang telah siap dibakar. Ibunya tersenyum mendengar kabaran itu dari anaknya....alahaiii!!!

Punyalah baik punya anak. Daging gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicicah..begitulah lumrahnya penghidupan dikampung. (Gambar hiasan adalah gambar burung duncang, satu saiz juga dengan burung dedotik)

Monday, May 18, 2009

Jual telur

Cerita ini masa aku sekolah rendah dalam Darjah Dua begitu. Sahabat ku memang selalu tidak ada belanja tetapi dia ada pulak duit kadang-kadang tu. Satu hari dia bongkarkan rahsianya kepada ku apabila kami berdua-dua balik dari sekolah. Sebaik sahaja melepasi pekan dia telah masuk kedalam semak-semak tidak berapa jauh dari belakang kedai Cina. Dengan tersenyum dia keluar dari semak dengan membawa sebiji telur.


Rupa-rupanya dia telah menjumpai sarang itek di dalam semak-semak belakang kedai itu. Dengan senyuman dia terus mengajak aku kembali kepekan dimana telur tadi telah dijual kepada Cina dan memeperoleh 10 sen dari jualan telur tersebut. Seperti biasalah kami merayakan kekayaan terpijak itu dengan membeli 'ais batu kepal' yang sangat popular masa itu.

Berbalik kepada telur itek tadi, aku terfikir jugak bahawa itek tersebut mungkin adalah kepunyaan Cina yang kami jualkan telur tadi. Biasanya itek Cina itu hidup bebas dan ada juga yang membuat sarang diluar reban mereka. Apa-apa pun elok juga itek itu tidak berdisiplin, kalau tidak manakan sahabat aku berpeluang mengambil telurnya! Aku pulak dapat share 'ais kepal' yang lazat tu!

Thursday, May 14, 2009

Ais batu kepal

Aku masa sekolah rendah dulu jalan kaki jer pergi sekolah, tak jauh lebihkurang 2 kilometer jer dari rumah. Keluar rumah awal, pukul 6 begitu dan sampai sekolah pun awal. Tak ada sarapan pun, orang kampung camtulah, perut memang dah season begitu. Duit belanja pun kadang2 ada dan kadang2 tak ada, nasiblah! Kalau ada pun 10sen jer!

Aku memang berkawan baik dengan sahabatku bernama Baharin. Satu hari dalam perjalanan balik sekolah, jalan punya jalan terserempaklah dengan duit 10 sen yang sudah terbenam atas jalan tanah tu. Punyalah girang nya dapat rezki terpijak, maka aku cungkillah duit tu. Masa jumpa tu sudah pertengahan jalan pun nak sampai rumah! Berbekalan duit 10 sen aku berlari kembali kepekan bersama dengan sahabatku Baharin.

Sampai kat pekan terus kejar kedai Mak Eno dan order dua ais batu kepal, harga satu cuma 5 sen sahaja! Huh...bukan main bes dan lazat sekali dapat mengisap dan menyedut air manis dari 'ais kepal' tu! Peristiwa ini memang teringat sekali sampai sekarang kerana kelazatan ice tu memang dasyat sekali dimasa itu.

Lepas kejadian itu, memang berjalan mata tertumpu kat jalan saja. Manalah tahu kalau dapat lagi rezki terpijak macam tu. Dan 'ice batu kepal' pun sudah pupus sekarang ni ya!

Friday, May 8, 2009

Trivia of the Millenium

At six seconds and five minutes after 4 AM on the 7th of August this year, the time and date will be........

04:05:06 07/08/09

This will not happen again for a thousand years!!!

Wednesday, May 6, 2009

Kerak nasi

Cerita sedih ni! Pernah aku ungkit cerita ini bila kami berjumpa sekali sekala bila sudah dewasa dan ianya pasti menyebakkan dada dan menitiskan air mata bagi Kak Long!

Pada satu petang aku pulang kerumah selepas sekolah, sampai rumah pun sangat lewat pukul 4/5 petang begitu. Perut bukan main lapar dan terus ku kejar dapur untuk mencari habuan.

Kelaparan ku menjadi lebih mengancam apabila aku tengok kakak sulungku lagi mendahului ku dan ku lihat dia sedang enak makan. Dia pun baru balik sekolah seperti aku. Akupun terus menuju keperiok dan alangkah kecewanya aku kerana periok telah kosong dan ada tinggal sedikit kerak sahaja. Memikirkan Kak Long telah makan semua nasi, aku mengambil tudung periok (periok dulu solid tudungnya!) dan membaling kepadanya. Nasib Kak Long malang sekali kerana balingan layangku tepat mengenai pinggangnya. Kak Long melulung kesakitan dan pinggan nasinya tercampak dari tangannya. Dalam isakan tangisannya dia pun memeberitahuku bahawa dia pun makan kerak saja dan ada tinggalkan untuk aku setengah.

Aku kesal juga dengan perbuatanku. Namun untuk mengisi perut maka beredarlah aku ketepi sawah dan hutan untuk mencari buah2an rimba yang sentiasa setia kepadaku!

Tuesday, May 5, 2009

Aku mahu hidup....



Aku mahu hidup memaparkan kisah2 perjuangan hidupku. Aku dilahirkan disebuah kampung yang berhampiran dengan hutan dan hutan ini jugalah yang sering memberi rezki bagiku. Semua orang kampung hidup susah dan begitu jugalah aku.

Sejauh ingatan ku masa kecil2 dulu hidup merupakan satu perjuangan jugak, iaitu berjuang untuk hidup. Makanan ala kadar sahaja kerana tanaman padi cukup2 untuk makanan sekeluarga bagi setahun dan ada kalanya tergelincir juga dan terpaksalah membeli beras. Duit pun kurang jugak maka beras terpaksalah dibajet betul2. Selalunya kami makan sekali sehari saja!

Untuk lauk pula, berbagai sayur2an sedia ada disekitar rumah dan dalam hutan yang berdekatan dengan rumah. Kalau hendak makan yang berzat sedikit terpaksalah menangkap ikan di sungai atau pun kekadang tu emak sembelihlah ayam untuk lauk. Kalau ini berlaku, memang hari itu hari 'anugerah' dari Tuhan.

Hutan adalah sumber makanan yang tidak putus2. Bermacam macam buah2an hutan yang boleh dimakan untuk menokok nambah keperluan perut. Selalunya balik dari sekolah, masuk hutan dulu atau dalam perjalanan pulang mengelewar dahulu mencari habuan. Begitulah hidup masa itu, sangat berbeda sekali dengan sekarang ini. Tidak terbayang pun begitu banyak lauk dan serba serbi makanan yang ada sekarang ini.

Bertitik tolak dengan pengalaman aku semasa kecil membawalah aku dewasa, rupa2nya masaalah makan ini memang sudah amat lumrah bagiku.