Aku masa sekolah rendah dulu jalan kaki jer pergi sekolah, tak jauh lebihkurang 2 kilometer jer dari rumah. Keluar rumah awal, pukul 6 begitu dan sampai sekolah pun awal. Tak ada sarapan pun, orang kampung camtulah, perut memang dah season begitu. Duit belanja pun kadang2 ada dan kadang2 tak ada, nasiblah! Kalau ada pun 10sen jer!
Aku memang berkawan baik dengan sahabatku bernama Baharin. Satu hari dalam perjalanan balik sekolah, jalan punya jalan terserempaklah dengan duit 10 sen yang sudah terbenam atas jalan tanah tu. Punyalah girang nya dapat rezki terpijak, maka aku cungkillah duit tu. Masa jumpa tu sudah pertengahan jalan pun nak sampai rumah! Berbekalan duit 10 sen aku berlari kembali kepekan bersama dengan sahabatku Baharin.
Sampai kat pekan terus kejar kedai Mak Eno dan order dua ais batu kepal, harga satu cuma 5 sen sahaja! Huh...bukan main bes dan lazat sekali dapat mengisap dan menyedut air manis dari 'ais kepal' tu! Peristiwa ini memang teringat sekali sampai sekarang kerana kelazatan ice tu memang dasyat sekali dimasa itu.
Lepas kejadian itu, memang berjalan mata tertumpu kat jalan saja. Manalah tahu kalau dapat lagi rezki terpijak macam tu. Dan 'ice batu kepal' pun sudah pupus sekarang ni ya!
Belly Button's blog. Somebody's wife now.
-
Salam alaik...Rupanya dah setahun blog ni senyap tanpa apa-apa post. tengok
last entry pun dah tahu mak ai da malas nak update. :)Musim kerja kahwin
kem...
12 years ago
awalnyeee kuar rumah
ReplyDeletesaya, lagi 5 minit nak bunyi loceng baru nak kuar
heeee :)
kuar awal sampai pun awal..pastu bleh letak kapur kat bawah meja kwn..best2 bleh tgk seluar kwn2 putih.
ReplyDeleteskrg ni budk2 skola hntr ambik smpai dpn gate... 10x lebih sng dr org dulu, tu pun kena paksa br nk blaja
ReplyDeleteUna: Zaman dulu2 ada lagi yang lebih awal pergi sekolah. Pakai suluh dengan daun pelepah kelapa kering tu. Kami panggil 'suluh' daun kelapa tu!
ReplyDeleteML: Memang pun, kanak2 nyang nakal memang melampuh masa dulu2!
Soca: Itulah namanya kemajuan Soca!!!