Tuesday, May 5, 2009

Aku mahu hidup....



Aku mahu hidup memaparkan kisah2 perjuangan hidupku. Aku dilahirkan disebuah kampung yang berhampiran dengan hutan dan hutan ini jugalah yang sering memberi rezki bagiku. Semua orang kampung hidup susah dan begitu jugalah aku.

Sejauh ingatan ku masa kecil2 dulu hidup merupakan satu perjuangan jugak, iaitu berjuang untuk hidup. Makanan ala kadar sahaja kerana tanaman padi cukup2 untuk makanan sekeluarga bagi setahun dan ada kalanya tergelincir juga dan terpaksalah membeli beras. Duit pun kurang jugak maka beras terpaksalah dibajet betul2. Selalunya kami makan sekali sehari saja!

Untuk lauk pula, berbagai sayur2an sedia ada disekitar rumah dan dalam hutan yang berdekatan dengan rumah. Kalau hendak makan yang berzat sedikit terpaksalah menangkap ikan di sungai atau pun kekadang tu emak sembelihlah ayam untuk lauk. Kalau ini berlaku, memang hari itu hari 'anugerah' dari Tuhan.

Hutan adalah sumber makanan yang tidak putus2. Bermacam macam buah2an hutan yang boleh dimakan untuk menokok nambah keperluan perut. Selalunya balik dari sekolah, masuk hutan dulu atau dalam perjalanan pulang mengelewar dahulu mencari habuan. Begitulah hidup masa itu, sangat berbeda sekali dengan sekarang ini. Tidak terbayang pun begitu banyak lauk dan serba serbi makanan yang ada sekarang ini.

Bertitik tolak dengan pengalaman aku semasa kecil membawalah aku dewasa, rupa2nya masaalah makan ini memang sudah amat lumrah bagiku.

No comments:

Post a Comment