tag:blogger.com,1999:blog-37575580759185269052024-03-14T12:24:09.198+08:00Aku mahu hidupKemerdekaan sangat bermakna bagiku. Dulunya kehidupan dikampung sangat dhaif sekali, masing2 menyara hidup yang serba susah. Namun kesusahan ini mampu membina rakyat yang cekal dan serba boleh dalam menghadapi masa depan yang lebih cerah.Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.comBlogger13125tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-9399665196895917902010-03-23T18:54:00.003+08:002010-03-23T19:40:09.936+08:00Mengaji Fardu Ain ..Lampu suluh!Semasa dalam lingkungan umur 7 ke 10 tahun dulu, kami kanak2 dimestikan untuk mengaji Kuran. Tempat mengaji adalah di surau Lebai Husin yang mana kanak2 tinggal dalam lingkungan 500 meter dari surau ini. Sungguhpun dekat 500 meter itu namun ianya adalah melalui semak2 dan hutan juga. Apatah lagi masa mengaji adalah salepas waktu maghrib pulak tu!
Untuk pergi mengaji terpaksalah kami menggunakan suluh untuk menerangi jalan. Lampu suluh kami diperbuat dari pelepah kelapa yang sudah kering dan diikat supaya ianya jadi tirus dan mudah dibakar. Selalunya semasa pergi kesurau masih ada cahaya lagi maka tidak perlu menggunakan suluh. Namun selepas mengaji ianya sudah larut malam dan terpaksa menggunakan suluh.
Kemudiannya mengaji ini diubah pada waktu petang dan tidaklah menjadi masalah dan ketakutan lagi. Apa tidaknya, di masa itu harimau masih berkeliaran di kawasan kami. Jika silap2 haribulan maka jadilah salah saorang dari kami habuan harimau. Yang terlibat mengaji dengan Lebai Husin itu ramai juga, anggaran 10 orang lebih! Yang saya ingat adalah saya, Baharin, Acar, Ombong, Jahara, Awa, Uwok, Ayang, Ani dan lain2 lagi.Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-35424595975785973172009-08-31T20:23:00.003+08:002009-09-01T02:46:49.028+08:00TUNKU ABDUL RAHMAN
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-8079543327783316142009-07-12T20:27:00.006+08:002009-07-12T21:17:15.422+08:00Cari Kayu
Dulu dulu mana ada gas atau letrik. Dahtu kalau nak memasak nasi dan lauk tu semua pakai kayu api. Maka kayu apilah yang mesti ada untuk bahan bakaran. Kalau takder kayu api setakat emergensi bolehlah cari kayu2 kering, pelepah2 kelapa etc disekitar rumah. Namun untuk bertahan lama terpaksalah cari kayu di estet getah atau di hutan tak jauh dari rumah.
Aku memang dah jadi teman setia ibuku dalam hal2 hutan ni. Semasa cari ranting2 kayu kering jatuhan dari pokok getah ini sempat juga ibuku mengutip cendawan kukur, cendawan telinga kera, pucuk cemperai dan lain2 jenis sayur yang boleh dibuat lauk. Banyak2 sayur yang ibuku kutip dari hutan tu, cendawan kukurlah yang paling best dan enak dimakan. Ianya mesti dicampur dengan pucuk ubi dan dimasak pula cara lemak cili api! Memang paling best!
Selalunya cari kayu ni memakan masa 2/3 jam sahaja. Selesai tugas cari kayu apabila kayu sudah dapat sebeban dan karier basikal pun sudah penuh. Selain dari kayu, selalunya ibuku akan cari penyapu juga, iaitu pokok yang setinggi 5 kaki begitu untuk buat penyapu laman rumah! Pada malam itu sudah pasti kami sekeluarga akan dapat makan lauk cendawan kukur dan juga rebus pucuk cemperai.
Selain dari cendawan dan pucuk cemperai, kengkadang tu ada jugak ibuku terjumpa buah2an hutan yang lain. Seperti buah rotan, kemunting, mata pelanduk dan lain2, dan semua ini adalah bekal untuk dibawa balik untuk adik2ku yang lain!
Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-85313359685475578872009-07-02T06:15:00.002+08:002009-07-03T21:09:43.139+08:00Poetry Recitation dan Reading Test
Semasa aku dalam SMC1 (Special Malay Class 1) atau darjah 4 lahtu, adalah mata pelajaran tu yang kena buat ujian persaorangan dengan Cikgu. Ujian secara individu ini hanya 2 sabjek sahaja iaitu ujian Poems Recitation dan Reading. Dahtu aku sekolah petang maka ujian pula mengikut abjad nama, dan nama aku bermula dengan 'M' iaitu Mohamad Anuar, terpaksalah mengikut giliran yang lambat.
Selalunya nama aku dipanggil lewat sekali dan banyak kalanya setiap ujian individu ini aku pasti jatuh dipenghujung sekali dan sudah pasti bas terakhir akan terlepas. Sudahnya aku terpaksalah berjalan kaki dari sekolah aku di Batu Kikir hingga ka Juasseh yang jauhnya lebihkurang 7 kilometer. Apabila sampai di Juasseh sudah hampir gelap pun dan naik basikal pula kerumahku sejauh 3 kilometer lagi. Memang sampai rumah dah gelap pun!
Akibat dari penyeksaan batin ini aku bertekad apabila aku dewasa kelak dan mempunyai anak aku tidak akan menyeksa anak anakku seperti yang aku alami waktu itu. Insya allah, tekadku di makbulkan Tuhan, bilamana aku dipanjangkan umur, ditemukan jodoh dan seterusnya mempunyai anak empat orang. Dan nama nama mereka yang pertama dan kedua bermula dengan 'A' dan yang ketiga dengan 'K' dan keempat dengan 'H'!
Yer lah, zaman telah berubah! Kini tidaklah pula Kerajaan mengekalkan curriculum yang pernah aku lalui dahulu dimana kini mana ada dah ujian2 seperti yang aku lalui dahulu!
*Gambar bas tu hiasan jer!
Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-78945225718820593232009-06-22T10:43:00.009+08:002009-06-25T18:38:43.706+08:00Pokok Ceri
Dikampungku memang terdapat bermacam macam pokok buah2an, baik yang ditanam mahupun yang hidup liar. Namun aku rasa semuanya itu tidaklah semanis buah ceri, yang cuma dapat ditemui hidup liar dipekan2 sahaja. Aku dan kengkawan memanglah suka makan buah ceri ni, yang mencelah warna pink dan kehijauan pun habis kami kebas. Selalunya balik dari sekolahlah tu, tapi sangat kurang sekali pokok ini di daerah aku membesar. Kalau ada pun, burung2 lagi cepat dari aku atau kami.
Pada satu hari ibuku telah membawau aku dan kakakku ke Gemas bercuti serta juga menziarahi kakaknya iaitu emak saudarakulah. Suami Mak Embung ni kerja keretapi dan duduk dikuaters keretapi, dan terletak diatas bukit. Sekitar rumahnya memang banyak betul pokok2 ceri yang besar dan tinggi. Sampaikan burung2 di daerah itu tidak ada masa untuk ceri atau pun mereka dah jemu!
Apa lagilah, kami dua adik beradik dari kampung terus mengejar pokok ceri untuk dipanjat! Kakak ku sungguh pun perempuan lagi terror memanjat dariku malahan dia lagi cekap melalai dan pergi kehujung dahan untuk mengutip buah ceri yang betul2 masak dan ranum. Kiranya, percutian kami di Gemas selama 2 hari itu cukup bermakna sekali bagiku. Kerana baru puas dapat makan buah ceri!
Apabila sudah dewasa aku sentiasa menaruh perasaan sayang kepada pokok ceri ini. Malahan setiap rumah atau kuarters yang aku tinggal mesti aku tanam pokok cerikerana ianya memberi satu pandangan yang sangat indah bagiku. Bukanlah aku mahu sangat memakan buahnya lagi, tetapi entahlah..ianya sangat menggumbirakan hatiku melihatnya.
Gambar hiasan dar sin-ami.saloon.jp
Apabila aku kian dewasa, banyak tersebar cerita UFO yang mana ramai rakyat di dunia ini telah melihat kapal angkasa dari bintang atau cakerawala asing telah berlegar legar atau mendarat secara fizikal di atas bumi ini. Hingga kini kisah UFO ini maseh fenomenal dan tidak terbukti dengan secara khusus atau ilmiahnya.
Namun aku masih teringat semasa aku kecil2 dahulu. Semasa itu mungkin aku berumur dalam lingkungan 10 tahun begitu. Aku dimasa itu sedang merenung keluar dari tingkap dapur rumahku, tak semena mena aku terdengar bunyi deringan mesin di langit! Aku pantas memfokas pandanganku dan terlihat sebiji piring terbang sedang melintasi ruang udara diatas bumbung rumahku. Ianya tidaklah begitu laju tetapi amat tinggi namun masih jelas kelihatan rupa bentuknya seperti sebiji piring besar yang terbang dari timur menuju ke barat. Bunyinya pun kedengaran jelas iaitu bunyi "putaran yang berdering" dan ketika itu juga aku telah menjerit 'kapal terbang-piring' kepada kakak2ku. Bila dewasa aku pernah bertanyakan kepada mereka kembali, tetapi mereka semua sudah lupa.
Mungkin masa itu juga banyak kali 'kapal terbang piring' ini terbang diangkasa negeri kita, kerana aku sendiri boleh cepat pulak mengenali kapal terbang aneh itu. Begitu juga kakak2 aku dan kengkawan yang sebaya dengan aku ketika itu, mereka memang kenal sangat dengan kapal terbang piring ini.
Aku masa tu baru darjah empat agaknya. Sahabat baikku ada beritahu aku bahawa sebelum pergi sekolah dia telah pergi melihat pukatnya yang telah dipasangnya merentasi kuala sungai Rembang Panas. Memang banyak ikan disitu dan memang banyak pun dah dia dapat. Tetapi pada pagi itu satu kejadian ngeri telah berlaku dimana dia terselamat dari dibaham buaya. Semasa melihat pukat dan mengutip ikan, dia ternampak air-merinek (bubble2 udara naik dari dalam air) dan haluan merinek itu pelan-pelan menujunya.
Meremang jugak bulu tengkoknya, dan dengan pantas dia berenang menuju ketebing sungai. Ikan yang dia sempat kutip tadi habis bertaburan dalam sungai dan tiada lain ingatannya adalah untuk menyelamatkan diri sahaja. Nasib dia baik kerana sempat sampai ketebing dan menyelamatkan diri dari dibaham oleh sang buaya itu.
Tempat itu pun memang sudah diketahui ramai oleh orang kampung sebagai sarang buaya dan ramai orang telah pernah menemui sang buaya itu. Namun yang berjumpa tidak pernah mengacau tempat itu malahan itu sebabnya kuala itu memang banyak pun ikan. Buaya yang jadi penunggu kuala itu ialah speci buaya katak, jenis yang pendek dan dompot. Namun jenis makan manusia juga. Kat Batang Muar ada terdapat dua jenis buaya iaitu buaya jinjolong dan buaya katak.Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-58048143377802171302009-05-29T12:24:00.005+08:002009-06-22T10:41:58.815+08:00Burung Dedotik
Burung dedotik ni kecil sahaja, adalah sebesar ibu-jari orang dewasa badannya. Ianya dipanggil dedotik kerana bunyinya pun begitu...tik, tik, tik! Ianya suka makan buah2an yang melekit dari pokok dedalu iaitu pokok parasit yang melekat kat pokok2 limau, mangga dan sebagainya. Ianya cantik berwarna warni dan sudah tentulah menjadi buruan kami semasa kanak2 dulu.
Ada satu cerita menarik tentang burung ini yang masih aku ingat sangat2. Ianya berkaitan dengan sahabat baikku. Satu hari ibu dia ada menceritakan kisah kebaikan anaknya ini kepada ibu ku. Dan ibuku pulak telah menceritakannya kepadaku.
Satu hari semasa ibunya disawah mengerjakan tanaman padinya, si anak ni datanglah memberitahu kepadanya yang dia hendak pergi sekolah dah. Nasi dia dah masakan dan lauknya adalah dia tinggalkan satu peha burung dedotik yang telah siap dibakar. Ibunya tersenyum mendengar kabaran itu dari anaknya....alahaiii!!!
Punyalah baik punya anak. Daging gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicicah..begitulah lumrahnya penghidupan dikampung. (Gambar hiasan adalah gambar burung duncang, satu saiz juga dengan burung dedotik)
Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-68555698419511726252009-05-18T12:55:00.003+08:002009-05-18T13:15:13.077+08:00Jual telurCerita ini masa aku sekolah rendah dalam Darjah Dua begitu. Sahabat ku memang selalu tidak ada belanja tetapi dia ada pulak duit kadang-kadang tu. Satu hari dia bongkarkan rahsianya kepada ku apabila kami berdua-dua balik dari sekolah. Sebaik sahaja melepasi pekan dia telah masuk kedalam semak-semak tidak berapa jauh dari belakang kedai Cina. Dengan tersenyum dia keluar dari semak dengan membawa sebiji telur.
Rupa-rupanya dia telah menjumpai sarang itek di dalam semak-semak belakang kedai itu. Dengan senyuman dia terus mengajak aku kembali kepekan dimana telur tadi telah dijual kepada Cina dan memeperoleh 10 sen dari jualan telur tersebut. Seperti biasalah kami merayakan kekayaan terpijak itu dengan membeli 'ais batu kepal' yang sangat popular masa itu.
Berbalik kepada telur itek tadi, aku terfikir jugak bahawa itek tersebut mungkin adalah kepunyaan Cina yang kami jualkan telur tadi. Biasanya itek Cina itu hidup bebas dan ada juga yang membuat sarang diluar reban mereka. Apa-apa pun elok juga itek itu tidak berdisiplin, kalau tidak manakan sahabat aku berpeluang mengambil telurnya! Aku pulak dapat share 'ais kepal' yang lazat tu!Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-71258041677925278312009-05-14T13:49:00.003+08:002009-05-17T23:15:12.224+08:00Ais batu kepalAku masa sekolah rendah dulu jalan kaki jer pergi sekolah, tak jauh lebihkurang 2 kilometer jer dari rumah. Keluar rumah awal, pukul 6 begitu dan sampai sekolah pun awal. Tak ada sarapan pun, orang kampung camtulah, perut memang dah season begitu. Duit belanja pun kadang2 ada dan kadang2 tak ada, nasiblah! Kalau ada pun 10sen jer!
Aku memang berkawan baik dengan sahabatku bernama Baharin. Satu hari dalam perjalanan balik sekolah, jalan punya jalan terserempaklah dengan duit 10 sen yang sudah terbenam atas jalan tanah tu. Punyalah girang nya dapat rezki terpijak, maka aku cungkillah duit tu. Masa jumpa tu sudah pertengahan jalan pun nak sampai rumah! Berbekalan duit 10 sen aku berlari kembali kepekan bersama dengan sahabatku Baharin.
Sampai kat pekan terus kejar kedai Mak Eno dan order dua ais batu kepal, harga satu cuma 5 sen sahaja! Huh...bukan main bes dan lazat sekali dapat mengisap dan menyedut air manis dari 'ais kepal' tu! Peristiwa ini memang teringat sekali sampai sekarang kerana kelazatan ice tu memang dasyat sekali dimasa itu.
Lepas kejadian itu, memang berjalan mata tertumpu kat jalan saja. Manalah tahu kalau dapat lagi rezki terpijak macam tu. Dan 'ice batu kepal' pun sudah pupus sekarang ni ya!Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-23935027787925546162009-05-08T16:41:00.004+08:002009-05-08T17:34:09.821+08:00Trivia of the MilleniumAt six seconds and five minutes after 4 AM on the 7th of August this year, the time and date will be........
04:05:06 07/08/09
This will not happen again for a thousand years!!!
Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3757558075918526905.post-355463109253210372009-05-06T22:53:00.000+08:002009-05-06T22:53:05.635+08:00Kerak nasiCerita sedih ni! Pernah aku ungkit cerita ini bila kami berjumpa sekali sekala bila sudah dewasa dan ianya pasti menyebakkan dada dan menitiskan air mata bagi Kak Long!
Pada satu petang aku pulang kerumah selepas sekolah, sampai rumah pun sangat lewat pukul 4/5 petang begitu. Perut bukan main lapar dan terus ku kejar dapur untuk mencari habuan.
Kelaparan ku menjadi lebih mengancam apabila aku tengok kakak sulungku lagi mendahului ku dan ku lihat dia sedang enak makan. Dia pun baru balik sekolah seperti aku. Akupun terus menuju keperiok dan alangkah kecewanya aku kerana periok telah kosong dan ada tinggal sedikit kerak sahaja. Memikirkan Kak Long telah makan semua nasi, aku mengambil tudung periok (periok dulu solid tudungnya!) dan membaling kepadanya. Nasib Kak Long malang sekali kerana balingan layangku tepat mengenai pinggangnya. Kak Long melulung kesakitan dan pinggan nasinya tercampak dari tangannya. Dalam isakan tangisannya dia pun memeberitahuku bahawa dia pun makan kerak saja dan ada tinggalkan untuk aku setengah.
Aku mahu hidup memaparkan kisah2 perjuangan hidupku. Aku dilahirkan disebuah kampung yang berhampiran dengan hutan dan hutan ini jugalah yang sering memberi rezki bagiku. Semua orang kampung hidup susah dan begitu jugalah aku.
Sejauh ingatan ku masa kecil2 dulu hidup merupakan satu perjuangan jugak, iaitu berjuang untuk hidup. Makanan ala kadar sahaja kerana tanaman padi cukup2 untuk makanan sekeluarga bagi setahun dan ada kalanya tergelincir juga dan terpaksalah membeli beras. Duit pun kurang jugak maka beras terpaksalah dibajet betul2. Selalunya kami makan sekali sehari saja!
Untuk lauk pula, berbagai sayur2an sedia ada disekitar rumah dan dalam hutan yang berdekatan dengan rumah. Kalau hendak makan yang berzat sedikit terpaksalah menangkap ikan di sungai atau pun kekadang tu emak sembelihlah ayam untuk lauk. Kalau ini berlaku, memang hari itu hari 'anugerah' dari Tuhan.
Hutan adalah sumber makanan yang tidak putus2. Bermacam macam buah2an hutan yang boleh dimakan untuk menokok nambah keperluan perut. Selalunya balik dari sekolah, masuk hutan dulu atau dalam perjalanan pulang mengelewar dahulu mencari habuan. Begitulah hidup masa itu, sangat berbeda sekali dengan sekarang ini. Tidak terbayang pun begitu banyak lauk dan serba serbi makanan yang ada sekarang ini.
Bertitik tolak dengan pengalaman aku semasa kecil membawalah aku dewasa, rupa2nya masaalah makan ini memang sudah amat lumrah bagiku.Alpha Zuluhttp://www.blogger.com/profile/15851707610246515906noreply@blogger.com0