Friday, June 12, 2009

UFO


Gambar hiasan dar sin-ami.saloon.jp

Apabila aku kian dewasa, banyak tersebar cerita UFO yang mana ramai rakyat di dunia ini telah melihat kapal angkasa dari bintang atau cakerawala asing telah berlegar legar atau mendarat secara fizikal di atas bumi ini. Hingga kini kisah UFO ini maseh fenomenal dan tidak terbukti dengan secara khusus atau ilmiahnya.

Namun aku masih teringat semasa aku kecil2 dahulu. Semasa itu mungkin aku berumur dalam lingkungan 10 tahun begitu. Aku dimasa itu sedang merenung keluar dari tingkap dapur rumahku, tak semena mena aku terdengar bunyi deringan mesin di langit! Aku pantas memfokas pandanganku dan terlihat sebiji piring terbang sedang melintasi ruang udara diatas bumbung rumahku. Ianya tidaklah begitu laju tetapi amat tinggi namun masih jelas kelihatan rupa bentuknya seperti sebiji piring besar yang terbang dari timur menuju ke barat. Bunyinya pun kedengaran jelas iaitu bunyi "putaran yang berdering" dan ketika itu juga aku telah menjerit 'kapal terbang-piring' kepada kakak2ku. Bila dewasa aku pernah bertanyakan kepada mereka kembali, tetapi mereka semua sudah lupa.

Mungkin masa itu juga banyak kali 'kapal terbang piring' ini terbang diangkasa negeri kita, kerana aku sendiri boleh cepat pulak mengenali kapal terbang aneh itu. Begitu juga kakak2 aku dan kengkawan yang sebaya dengan aku ketika itu, mereka memang kenal sangat dengan kapal terbang piring ini.

Aku masih berpegang kepada keyakinan diriku sendiri bahawa apa yang aku lihat itu adalah sebiji pesawat piring terbang. Kalaulah ianya satu alat permainan, aku kurang percaya kerana ianya tinggi sangat dan dikala itu manalah ada orang membuat permaianan secanggih begitu. Aku seronok kerana aku pernah melihat satu kejadian aneh dalam hidupku.

1 comment:

  1. sangat menarik...
    memang satu kejadian yg aneh n bukan sume org ada pengalaman macam tu..
    p/s:jeles :)

    ReplyDelete