Dikampungku memang terdapat bermacam macam pokok buah2an, baik yang ditanam mahupun yang hidup liar. Namun aku rasa semuanya itu tidaklah semanis buah ceri, yang cuma dapat ditemui hidup liar dipekan2 sahaja. Aku dan kengkawan memanglah suka makan buah ceri ni, yang mencelah warna pink dan kehijauan pun habis kami kebas. Selalunya balik dari sekolahlah tu, tapi sangat kurang sekali pokok ini di daerah aku membesar. Kalau ada pun, burung2 lagi cepat dari aku atau kami.
Pada satu hari ibuku telah membawau aku dan kakakku ke Gemas bercuti serta juga menziarahi kakaknya iaitu emak saudarakulah. Suami Mak Embung ni kerja keretapi dan duduk dikuaters keretapi, dan terletak diatas bukit. Sekitar rumahnya memang banyak betul pokok2 ceri yang besar dan tinggi. Sampaikan burung2 di daerah itu tidak ada masa untuk ceri atau pun mereka dah jemu!
Apa lagilah, kami dua adik beradik dari kampung terus mengejar pokok ceri untuk dipanjat! Kakak ku sungguh pun perempuan lagi terror memanjat dariku malahan dia lagi cekap melalai dan pergi kehujung dahan untuk mengutip buah ceri yang betul2 masak dan ranum. Kiranya, percutian kami di Gemas selama 2 hari itu cukup bermakna sekali bagiku. Kerana baru puas dapat makan buah ceri!
Apabila sudah dewasa aku sentiasa menaruh perasaan sayang kepada pokok ceri ini. Malahan setiap rumah atau kuarters yang aku tinggal mesti aku tanam pokok cerikerana ianya memberi satu pandangan yang sangat indah bagiku. Bukanlah aku mahu sangat memakan buahnya lagi, tetapi entahlah..ianya sangat menggumbirakan hatiku melihatnya.
Ditambah pula bermacam macam unggas sentiasa menghinggapi pokok ini untuk mencari makan dengan buahnya yang manis itu. Burung2 seperti punai, perling, merbah dan dedotik memang suka sangat kepada buah ceri ini. Ini juga menambahkan lagi keindahan pokok yang sedia indah itu.
buah ceri.. ceri tomato pernah laa makan.. buah ceri entah laa cam tak pernah makan jek..
ReplyDeleteAlaaaa...banyak tumbuh merata rata tepi jalan tu! Burung merbah cukup suka makan buahnya. Buahnya yang masak sehabis besar, besar hujung jari kelengkeng tu.
ReplyDeletehmm ceri eh??
ReplyDeletex penah makan kot.
cayalah kakak unkel.