Friday, June 5, 2009

Buaya katak


Aku masa tu baru darjah empat agaknya. Sahabat baikku ada beritahu aku bahawa sebelum pergi sekolah dia telah pergi melihat pukatnya yang telah dipasangnya merentasi kuala sungai Rembang Panas. Memang banyak ikan disitu dan memang banyak pun dah dia dapat. Tetapi pada pagi itu satu kejadian ngeri telah berlaku dimana dia terselamat dari dibaham buaya. Semasa melihat pukat dan mengutip ikan, dia ternampak air-merinek (bubble2 udara naik dari dalam air) dan haluan merinek itu pelan-pelan menujunya.

Meremang jugak bulu tengkoknya, dan dengan pantas dia berenang menuju ketebing sungai. Ikan yang dia sempat kutip tadi habis bertaburan dalam sungai dan tiada lain ingatannya adalah untuk menyelamatkan diri sahaja. Nasib dia baik kerana sempat sampai ketebing dan menyelamatkan diri dari dibaham oleh sang buaya itu.

Tempat itu pun memang sudah diketahui ramai oleh orang kampung sebagai sarang buaya dan ramai orang telah pernah menemui sang buaya itu. Namun yang berjumpa tidak pernah mengacau tempat itu malahan itu sebabnya kuala itu memang banyak pun ikan. Buaya yang jadi penunggu kuala itu ialah speci buaya katak, jenis yang pendek dan dompot. Namun jenis makan manusia juga. Kat Batang Muar ada terdapat dua jenis buaya iaitu buaya jinjolong dan buaya katak.

No comments:

Post a Comment