Dulu dulu mana ada gas atau letrik. Dahtu kalau nak memasak nasi dan lauk tu semua pakai kayu api. Maka kayu apilah yang mesti ada untuk bahan bakaran. Kalau takder kayu api setakat emergensi bolehlah cari kayu2 kering, pelepah2 kelapa etc disekitar rumah. Namun untuk bertahan lama terpaksalah cari kayu di estet getah atau di hutan tak jauh dari rumah.
Aku memang dah jadi teman setia ibuku dalam hal2 hutan ni. Semasa cari ranting2 kayu kering jatuhan dari pokok getah ini sempat juga ibuku mengutip cendawan kukur, cendawan telinga kera, pucuk cemperai dan lain2 jenis sayur yang boleh dibuat lauk. Banyak2 sayur yang ibuku kutip dari hutan tu, cendawan kukurlah yang paling best dan enak dimakan. Ianya mesti dicampur dengan pucuk ubi dan dimasak pula cara lemak cili api! Memang paling best!
Selalunya cari kayu ni memakan masa 2/3 jam sahaja. Selesai tugas cari kayu apabila kayu sudah dapat sebeban dan karier basikal pun sudah penuh. Selain dari kayu, selalunya ibuku akan cari penyapu juga, iaitu pokok yang setinggi 5 kaki begitu untuk buat penyapu laman rumah! Pada malam itu sudah pasti kami sekeluarga akan dapat makan lauk cendawan kukur dan juga rebus pucuk cemperai.
Selain dari cendawan dan pucuk cemperai, kengkadang tu ada jugak ibuku terjumpa buah2an hutan yang lain. Seperti buah rotan, kemunting, mata pelanduk dan lain2, dan semua ini adalah bekal untuk dibawa balik untuk adik2ku yang lain!

cendawan kukur tu sama ke macam cendawan yg bese dilihat tuh??
ReplyDeletemacam mane rasenye??