Semasa dalam lingkungan umur 7 ke 10 tahun dulu, kami kanak2 dimestikan untuk mengaji Kuran. Tempat mengaji adalah di surau Lebai Husin yang mana kanak2 tinggal dalam lingkungan 500 meter dari surau ini. Sungguhpun dekat 500 meter itu namun ianya adalah melalui semak2 dan hutan juga. Apatah lagi masa mengaji adalah salepas waktu maghrib pulak tu!
Untuk pergi mengaji terpaksalah kami menggunakan suluh untuk menerangi jalan. Lampu suluh kami diperbuat dari pelepah kelapa yang sudah kering dan diikat supaya ianya jadi tirus dan mudah dibakar. Selalunya semasa pergi kesurau masih ada cahaya lagi maka tidak perlu menggunakan suluh. Namun selepas mengaji ianya sudah larut malam dan terpaksa menggunakan suluh.
Kemudiannya mengaji ini diubah pada waktu petang dan tidaklah menjadi masalah dan ketakutan lagi. Apa tidaknya, di masa itu harimau masih berkeliaran di kawasan kami. Jika silap2 haribulan maka jadilah salah saorang dari kami habuan harimau. Yang terlibat mengaji dengan Lebai Husin itu ramai juga, anggaran 10 orang lebih! Yang saya ingat adalah saya, Baharin, Acar, Ombong, Jahara, Awa, Uwok, Ayang, Ani dan lain2 lagi.
Vintage Cooking Kitchen
-
Vintage Cooking KitchenAs a creative professional, you know the value of
having the ability to use high-quality design resources that can assist in
creatin...
4 months ago
No comments:
Post a Comment